Anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
Ada udang di sebalik batu
Maksud : Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
Berat lindah
Maksud : Pendiam , enggan memberitahu
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih
Celik komputer
Maksud : Arif atau tahu tentang komputer
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud : Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan
Durian runtuh
Maksud : Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka
Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari
Maksud : Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan
Enggang lalu ranting patah
Maksud : Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah
Goyang kaki
Maksud : Bersenang-senang
Gunting makan di hujung
Maksud : Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Hancur hati
Maksud : Sedih , putus asa
Habis madu sepah dibuang
Maksud : Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan
Ilmu itu pelita hati
Maksud : Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak
Wednesday, 21 November 2012
Friday, 9 November 2012
TEKA-TEKI BM
1. Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
Jawapan : Kerusi dan meja.
2. Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
Jawapan : Batu akan basah.
3. Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
Jawapan : Anak kucing.
4. Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
Jawapan : Papan hitam.
5. Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
Jawapan : Sama berat.
『 Pantun Teka-teki 』
1. Pergi memancing di Sungai Deli,
Dapat seekor si ikan keli,
Jika adik bijak bistari,
Binatang apa keris di kaki?
Jawapan : Ayam
2. Dari mudik menuju ke muara,
Untuk mencari pucuk paku,
Tahukah adik binatang apa,
Tahukah adik binatang apa,
Jawapan : Sotong
PANTUN-PANTUN BAHASA MELAYU
PANTUN DUA KERAT [NASIHAT]
Gaharu, cengal, giam,
Tak Tahu, tak kenal, diam.
Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.
Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.
Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.
PANTUN EMPAT KERAT [MUHIBAH DAN PERPADUAN]
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong royong.
Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asaltidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
Thursday, 8 November 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)