Wednesday 5 December 2012

KATA SERU



1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

4.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.


Kata Seru

PenggunaannyaAyat Contoh
Aduh
Untuk menyatakan    perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
AduhaiUntuk menyatakan perasaan sedihAduhai, malang sungguh nasibku!
AhUntuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
Amboi ,
Wah
Untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
Cis ,
Cih
Untuk menyatakan perasaan marah dan benci1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
EhUntuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
HaiUntuk menegur seseorang atau menarik perhatian1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!



Contoh lain kata seru dan ayat

Kata Seru

maksud

Contoh ayat

WahaiMenyatakan perasaan sayang atau merayuWahai adik ku sayang !
AmboiMenunjukkan perasaan kagumAmboi, tingginya bangunan KLCC ini !
Hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
Nah Nah, terimalah habuanmu !
AduhPerasaan sakitAduh, sakitnya tanganku ini !
WahPerasaan hairanWan, cantiknya merak ini !
Ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
BedebahMarahBedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
CisMarah atau jijikCis, awak rupanya yang menjadi batu api !
OhTerkejut hairan, gembira atau mengharapOh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
EhhairanEh, bila ia terjadi !
SyabasGembira, puas, memuji atau ucap tahniahSyabas, awak berjaya juga akhirnya !
AlahaiMenghinaAlahai, itu pun awak tak boleh buat !
AlamakTerkejutAlamak, sudah pukul 8.00 pagi !
HaHairanHa, budak itu yang menang !
Ya-AllahTerkejutYa-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- AllahHairan atau marahMasya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

SILANG KATA





Menegak

1. Zulkarnain__________borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.
3. Rosli____________ ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.
5. Encik Shaari ___________parang itu sehingga tajam.



Melintang

2. Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang__________ di dewan sekolah.
4. Puan Maria_________ pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
6. Monyet itu___________ pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.
7. Penyanyi baru itu___________ dengan penuh semangat.
8. Rohaimi selalu _______ di sungai itu dengan kawan-kawannya.



PERASAAN / EXPRESSION




Gembira






Sedih






Terkejut





Ketawa






Loya






Fikir






Takut






Mengeluh






Marah






Pilu






Kebencian






Bosan






Panas






Kecewa

KATA ADJEKTIF


KATA ADJEKTIF


Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.


Jenis Kata Adjektif

1. Kata adjektif sifatan / keadaan

Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong



2. Kata Adjektif Warna

Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu



3. Kata Adjektif Ukuran

Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil



4. Kata Adjektif Bentuk

Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok



5. Kata Adjektif Jarak

Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris



6. Kata Adjektif Waktu

Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu



7. Kata Adjektif Perasaan

Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu



8. Kata Adjektif Cara

Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering



9. Kata Adjektif Pancaindera

Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik

Wednesday 21 November 2012

PERIBAHASA

Anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

Ada udang di sebalik batu
Maksud : Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

Berat lindah
Maksud : Pendiam , enggan memberitahu

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih

Celik komputer
Maksud : Arif atau tahu tentang komputer

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Maksud : Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan

Durian runtuh
Maksud : Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari
Maksud : Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan

Enggang lalu ranting patah
Maksud : Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah

Goyang kaki
Maksud : Bersenang-senang

Gunting makan di hujung
Maksud : Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Hancur hati
Maksud : Sedih , putus asa

Habis madu sepah dibuang
Maksud :  Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan

Ilmu itu pelita hati
Maksud : Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak

Friday 9 November 2012

TEKA-TEKI BM



1. Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?


Jawapan : Kerusi dan meja.


2. Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?

Jawapan : Batu akan basah.


3. Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?

Jawapan : Anak kucing.


4. Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?

Jawapan : Papan hitam.


5. Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?

Jawapan : Sama berat.



『 Pantun Teka-teki 』


1. Pergi memancing di Sungai Deli,
    Dapat seekor si ikan keli,
    Jika adik  bijak bistari,
    Binatang apa keris di kaki?

Jawapan : Ayam


2. Dari mudik menuju ke muara,
    Untuk mencari pucuk paku,
    Tahukah adik binatang apa,
    Darahnya hitam tulangnya satu?

Jawapan : Sotong

PANTUN-PANTUN BAHASA MELAYU



PANTUN DUA KERAT [NASIHAT]


Gaharu, cengal, giam,
Tak Tahu, tak kenal, diam.

Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.

Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.

Dengar cakap enggang makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.

Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.

Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.







PANTUN EMPAT KERAT [MUHIBAH DAN PERPADUAN]


Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.

Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong royong.

Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.

Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asaltidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.