Friday 9 November 2012

TEKA-TEKI BM



1. Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?


Jawapan : Kerusi dan meja.


2. Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?

Jawapan : Batu akan basah.


3. Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?

Jawapan : Anak kucing.


4. Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?

Jawapan : Papan hitam.


5. Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?

Jawapan : Sama berat.



『 Pantun Teka-teki 』


1. Pergi memancing di Sungai Deli,
    Dapat seekor si ikan keli,
    Jika adik  bijak bistari,
    Binatang apa keris di kaki?

Jawapan : Ayam


2. Dari mudik menuju ke muara,
    Untuk mencari pucuk paku,
    Tahukah adik binatang apa,
    Darahnya hitam tulangnya satu?

Jawapan : Sotong

6 comments:

  1. Replies
    1. Teima kasih kerana memberi komen. Harap-harap aktiviti teka-teki dapat menarik minat murid untuk terus belajar.

      Delete
  2. teka teki ini amat sesuai untuk murid.

    ReplyDelete
  3. Saya berpendapat adalah lebih baik sembunyikan jawapan bagi teka-teki di halaman yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi memberi komen dan cadangan penambahbaikan.

      Delete